Friday, March 7, 2014

Tuhan Tunjukkan Padanya...

Assalamualaikum !

Truth revealed ....

Aqasha - sepupu dia derr .. Adess patutla muka sama ada iras . My first impression kat dia - nice walaupun kekasih datang silih berganti . Tertanya tanya jugak sama ada Sha ni sepupu Daniele yang pakai Aston Martin tu . Hmm entahlah .

Number hp Sha - memang number budak bertuah tu . Dia tolong buatkan akaun Sha after Sha broke dengan ex dia . Ehehh ada niat lagi add aku . 

Sorry text message - Tergerak hati nak minta maaf dan memaafkan . Tapi tak berbalas . Angkat bahu je lah . Sha siap kasik encouragement lagi suh anta text kat Daniele . Huhu thanks bro tapi your cuzzy dah takde perasaan kot. Nobody knows :/

Petang semalam, my best friend called . Well kitorang buat partnership, buat satu blog pasal cerita kitorang . So, he asked my opinion . kawan dia from England nak buat business and nak advertise his business using our blog . Ja pun tak sure kawan dia ni betul ke tak . Sambil sambil tu, dia sent cereka pasal unrequited love kat aku and suh edit mana mana yang grammar error . Aku ambik pendrive and saved dalam tu . Tengok tengok ada 2 pict dalam tu . Eh, gambar sape lak ?

Bukak je . Subhanallah .

Bila pulak aku rembat gambar budak bertuah tu ????!!!

Bukan sekeping . Tapi 2 !

Adess..

Hurmm, tapi bila aku tengok pict dia , aku gelak kuat . Dalam hati terdetik 

" asal hodoh sangat budak ni? "

Pengajaran :

Bila hati disihir cinta, disumpah rindu, mata bagai tidak terlihat semuanya . Hanya dia . Hanya dia dan hanya dia .

Sebab ni la aku taknak jatuh cinta ke, couple ke . Setakat crush pun dah sakit bagai nak gila . Ni nak berkapel ? Huh memang TAK lah ! Aku dah janji pada diri aku . Biarlah dia menjadi orang yang pertama dan terakhir . Sampai ke saat ni masih terasa . Aku merumuskan kisah chenta aku ni as -

1. Unrequited Love
2. Fairy tale
3. Dark Jokes
4. CRAP !

Whatever it is, pengalaman ni memang yang takkan dilupakan . Sampai ke liang lahad aku bawa memori ni . Dalam kisah ni, aku ada pengalaman jadi orang ketiga, manusia yang dikabulkan permintaannya, pengemis rindu, pendendam, pemaaf, aku diajar setia, erti kasih yang tak berbelah bahagi, makna sahabat, dan sayangnya, aku adalah sahabat yang teruk . Secara teknikalnya . Or so . 


Aku nak abadikan kenangan aku di sini . Dan aku nak arahkan satu drama aku sendiri . Dalam bentuk bacaan . Hmm dalam proses (bila tu entahla)



 " Apapun yang berlaku, entah kenapa hati ini degil untuk melepaskan awak . Apa yang awak dah buat pada saya? Setelah awak ajar hati ini untuk terus terusan setia, sebagai sahabat dan pemberi kasih sayang tanpa henti, awak pergi . Tanpa sepatah kata . Apa sebenarnya yang terjadi, saya pun tak pasti . Setiap hari, terus terang saya katakan, keinginan nak berjumpa dengan awak, nak bersemuka dengan awak, saya nak penjelasan begitu kuat menghentak jiwa . Saya tak betah dijatuhkan hukuman begini . Tapi saya bukan seorang yang mungkir janji . Saya dah berjanji yang saya takkan tinggalkan awak . Selamanya . Biarpun saya hanya mampu mengikat awak pada hati saya , bukan dengan berada di hadapan awak . Awak dah janji takkan tinggalkan saya . Mungkin, awak memang takkan tinggalkan saya . Kerana setiap detik yang berlalu, hati saya sering mengalunkan kata rindu . Walaupun kita tak berjumpa, tapi Allah tunjukkan ahli keluarga awak . Abang kembar awak, dan Sha . Lepas ni? Saya akan jumpa siapa lagi? Hanya Allah saja tahu peritnya nak lupakan awak . Kenapa bila saya ikhlas menyayangi seseorang, begini kesudahannya? "

" Sayang dan cinta saya tanpa NOKTAH "















P/s : Rumusan aku , cinta tu dah pudar tapi sayang, masih melekat kuat . Terima kasih Tuhan kerana memberi aku perasaan indah ini . Takkan menyesal malah semakin hari semakin kuat pula sayang ini . Bila akan berhenti, diri ini juga tidak pasti .