14.12.2013
Aku miliknya ~
Apa yang aku impikan selama 4 bulan 2 minggu , dah tercapai pada tarikh tu . serius aku cakap , aku pun masih lagi terkejut dan blurr . Setiap air mata dan kekecewaan yang aku lalui sebelum SPM, lenyap dengan macam tu je .
Rupa-rupanya, perasaan aku berbalas selama ni . dalam diam kami memendam tapi sebab ego, kami hanya senyapkan . sampailah pada satu masa ni, kerana dicabar, aku cakap . At first dia senyap . Dia cakap dia memang shocked . Tapi ayat yang aku paling ingat " saya pun suka awak jugak " . Rasa nak pecah dada aku masa tu . Mungkin kisah kami ni jarang berlaku tapi percayalah, ramai yang pernah alaminya kan? Cinta aku tak bertepuk sebelah tangan :) .
Tapi ada minor problem sikit sebab status dia sekarang boyfriend orang lain . Memang aku sedih tapi itu hak dia . Dia pun serba salah nak putus dengan gf dia, but dia cakap dia akan slow talk dengan gf dia . Aku cakap, kita akan lalui hari kita macam biasa tapi, yang penting aku sayang dia dan dia sayang aku . That's enough . Aku tak nak minta lebih-lebih sebab apa yang aku dapat dan tahu ni pun dah lebih daripada cukup .
Allah.. Aku sebenarnya takut sebab ni kali pertama aku dalam perhubungan dan aku takut aku tak dapat penuhi kehenedak dia . I mean, yeah I'm like a schoolgirl fell in for her first time ! Tak ada pengalaman tapi penceritaan dan pengamatan tentang orang bercinta ni aku dah khatam . Teori tip top tapi praktikal, alamak ... Masalah masalah -.- .
Malam tu dia cakap, kisah lover macam kita ni patut masuk MeLetop je . Pecah ketawa aku . Awak, awak.. Saya tak tahu macam mana keadaan saya kalau awak pergi dari hidup saya . Plus, dia budak bijak and his trial result bagus, dia dapat twaran buat persediaan ke luar negara . aku pun berkobar-kobar nak fly UK jugak . Extend study in English Foundation( insyaAllah ) .
Kadang-kadang aku rasa macam isteri pertama yang dimadukan . Nak tahu? Aku yang paling lama dengan dia sebelum dia dengan gfs dia yang lain . Nak tunggu turn aku tu punyalah.. nasib baiklah aku ni kuat semangat :) . Anything for my beloved . Almost setiap malam 2 bulan pertama aku menangis je kerjanya . Sedih tengok dia bahagia dengan orang lain . Aku blocked dia twice but last-last melekat jugak . Bengong sungguh !
Andai kata jodoh aku benar-benar dengan dia, aku sanggup tunggu dia sampai bila-bila . Kalau jodoh aku bukan dengan dia, aku berdoa sungguh-sungguh kepada Allah SWT supaya hapuskan segala-galanya tentang dia sebab aku tak nak jadi isteri yang nusyuz . Cinta isteri hanya untuk suami ,kan ? Dan semaikan benih sayang dan cinta sepenuhnya untuk yang halal sahaja .
Dengan dia, memang sayang aku hanya untuk dia . Tapi kalau dia mahukan cinta aku, kena tunggu dulu dan maybe kena tengok keadaan dulu . Dia kena betul-betul setia dengan aku dan jadi yang halal untuk aku dulu baru boleh dengar yang aku cintakan dia . SANGAT-SANGAT !
Harap aku tak melanggar prinsip aku ni . Huhu ..
Monday, December 16, 2013
Cinta Hati Aku..
My Thousand Years....
Percaya atau tidak, ya . Aku rasa aku dah jumpa cinta seribu tahun aku ( seribu je . seribu satu, orang lain pulak xD ) . pheww ... walaupun sangat memenatkan menyayangi orang yang entah sayangkan kita atau tidak . I do have his picture but umm.. sebab dia terlampau comel, tak boleh publish kat sini . nak tengok dia, kena buat appointment dulu .
Well, mula-mula aku jumpa dia dekat.. dalam facebook . uuuu.. cliche sangat ! yeahh.. but that is the truth . aku wish happy birthday kat dia and dia cakap thank you bla bla bla . kami kenal and he gives his number . oh my.. a hunk gave his number . rasa macam jumpa dengan hero kaya dalam novel pulak :') . we texted, joked, played around . ahh.. i wish i could freeeze those moments . keep it in records and reliving it . diam-diam aku terjatuh.. bukan setakat dengan kecomelan dia tapi, cara dia approach aku, gaya dia . memang ada ciri-ciri yang aku nak dalam mr.right aku . tapi dari awal lagi, dia "sound" aku ni kawan dia ja . tak lebih dari tu . yupp, he did proved his words..
Sunday, May 26, 2013
Hai
Night ! Fuhhh..akhirnya..tercapai juga impian nak buat si Nina Rania ni..
Malam ni tak nak post banyak sebab malam semakin merangkak jauh.. my beauty sleep pun terjejas..
So, see you next time!
Malam ni tak nak post banyak sebab malam semakin merangkak jauh.. my beauty sleep pun terjejas..
So, see you next time!
Subscribe to:
Posts (Atom)