14.12.2013
Aku miliknya ~
Apa yang aku impikan selama 4 bulan 2 minggu , dah tercapai pada tarikh tu . serius aku cakap , aku pun masih lagi terkejut dan blurr . Setiap air mata dan kekecewaan yang aku lalui sebelum SPM, lenyap dengan macam tu je .
Rupa-rupanya, perasaan aku berbalas selama ni . dalam diam kami memendam tapi sebab ego, kami hanya senyapkan . sampailah pada satu masa ni, kerana dicabar, aku cakap . At first dia senyap . Dia cakap dia memang shocked . Tapi ayat yang aku paling ingat " saya pun suka awak jugak " . Rasa nak pecah dada aku masa tu . Mungkin kisah kami ni jarang berlaku tapi percayalah, ramai yang pernah alaminya kan? Cinta aku tak bertepuk sebelah tangan :) .
Tapi ada minor problem sikit sebab status dia sekarang boyfriend orang lain . Memang aku sedih tapi itu hak dia . Dia pun serba salah nak putus dengan gf dia, but dia cakap dia akan slow talk dengan gf dia . Aku cakap, kita akan lalui hari kita macam biasa tapi, yang penting aku sayang dia dan dia sayang aku . That's enough . Aku tak nak minta lebih-lebih sebab apa yang aku dapat dan tahu ni pun dah lebih daripada cukup .
Allah.. Aku sebenarnya takut sebab ni kali pertama aku dalam perhubungan dan aku takut aku tak dapat penuhi kehenedak dia . I mean, yeah I'm like a schoolgirl fell in for her first time ! Tak ada pengalaman tapi penceritaan dan pengamatan tentang orang bercinta ni aku dah khatam . Teori tip top tapi praktikal, alamak ... Masalah masalah -.- .
Malam tu dia cakap, kisah lover macam kita ni patut masuk MeLetop je . Pecah ketawa aku . Awak, awak.. Saya tak tahu macam mana keadaan saya kalau awak pergi dari hidup saya . Plus, dia budak bijak and his trial result bagus, dia dapat twaran buat persediaan ke luar negara . aku pun berkobar-kobar nak fly UK jugak . Extend study in English Foundation( insyaAllah ) .
Kadang-kadang aku rasa macam isteri pertama yang dimadukan . Nak tahu? Aku yang paling lama dengan dia sebelum dia dengan gfs dia yang lain . Nak tunggu turn aku tu punyalah.. nasib baiklah aku ni kuat semangat :) . Anything for my beloved . Almost setiap malam 2 bulan pertama aku menangis je kerjanya . Sedih tengok dia bahagia dengan orang lain . Aku blocked dia twice but last-last melekat jugak . Bengong sungguh !
Andai kata jodoh aku benar-benar dengan dia, aku sanggup tunggu dia sampai bila-bila . Kalau jodoh aku bukan dengan dia, aku berdoa sungguh-sungguh kepada Allah SWT supaya hapuskan segala-galanya tentang dia sebab aku tak nak jadi isteri yang nusyuz . Cinta isteri hanya untuk suami ,kan ? Dan semaikan benih sayang dan cinta sepenuhnya untuk yang halal sahaja .
Dengan dia, memang sayang aku hanya untuk dia . Tapi kalau dia mahukan cinta aku, kena tunggu dulu dan maybe kena tengok keadaan dulu . Dia kena betul-betul setia dengan aku dan jadi yang halal untuk aku dulu baru boleh dengar yang aku cintakan dia . SANGAT-SANGAT !
Harap aku tak melanggar prinsip aku ni . Huhu ..
No comments:
Post a Comment