Sunday, May 4, 2014

Officially Taken . AGAIN ~

Assalamualaikum dolls !

3/5/2014, 7.00 pm,

- My head hurts
- Makan ubat dulu
- Dah . Hajat di hati nak hemtam sepapan,err tapi ambik dua je lah
- Awak hentam sepapan , saya bagi ni ( emoticon penumbuk)
-Alaaaa saya makan dua je . Bukan sepapan pun 
- Kalau awak makan sepapan, dengan kaki kaki naik sekali, nak?
- Saya lempar kucing kat awak
- Katak saya usung kat awak
- Eeejerckkk . Taknakk
- Tahu takut .
- Saya tak makan laa . Over panick laa awak nie
- Dah nama kalauuu kan . Bc iloveuuu

Mata aku masih melekat kat skrin C3 . Allahu . Betul ke nie? Aku tak mimpi kan? Aku taktahu nak menjerit melompat kesukaan ataupun biarkan je perasaan tu . Eishh . tapi peluang datang sekali je kan?

- Pardon?
-Takyahhh . Baca balik je .
- Betul ke nie? K saya yg salah faham lagi?
- Betul laa .
- Mana tahu jadi balik macam dulu . Sakit tahu tak?
- Humm tahu .
- Serius ke nie?
- Seriousss
 

:') . Is this my chance? Is this the time for us?

- ( Smiley terharu ) . Thankyou
- For?
- For love me back :')
- So, any space for me?
- Spaceship ada . Nakk?
- Rocket?
- Rocket sampai bulan jee . Spaceship sampai pluto and to the other side of world( means, space tu untuk dia je . Forever )
- Taknakk jauh sangat . Nanti rindu awakk

Dipendekkan cerita , memang aku terima dia malam tu . Rasa macam bermimpi . Tapi bila aku tampar sekuat hati pipi aku nie, masih pijarrr ! Aku cerita kat Along . He said congrates . Hari Rabu, tu malam sebelum hari jadi Along . Dia cakap,

" Adik takyah risau pasal adik dengan Daniel . Pandailaa Along yakinkan dia . Dia serik je tu "

" nanti sampai pulak aduan rakyat esok "

" haha . takdenye . Adik sayangkan dia kan? "

" If I could tell you how much adik sayangkan dia . Dah lama kot "

" Sabaa dik . The rite time will come . Please, jaga dia? For my birthday present esok? "

" In sha Allah I will "

Mungkin benar kami berjodoh . 
9 bulan . Menanti .
Dan akhirnya....

-Fuhhhhh . Mine?
-Haha . Yeahh . Yours . Always . Kenapa dengan fuhhh tu?
-Fuhhh tu as nafas baru and tanggungjawab saya utk menjaga sayanggg
-Cheit . Poyo . Nie berjangkit dengan saya laa nie
-Poyo pun awak nak jugakkk . Kannnnnnn ?
-Yapp . 
-Heee mengaku tuuuu !
-  --' . Yelaa . Screenshot sy punya confess tu . Letak dalam frame .
- Mestiii . Benda berharga tuu . Wajib frame !

Dia annoying,understanding,sweet,always make me blushes like hell and paling penting, he loves me . That's it . Aku tak kesah dia siapa,anak siapa, yang aku tahu, hati aku dah dibawa lari oleh dia . Tak mungkin aku berjaya ambil balik sebab dia letak hati aku dalam peti besi dan lempar ke Lautan Pasifik .

' I had seen the best and the worst side of you and I choose both ' - Nur Qistina





P/s : Doakan ikatan kami takkan terlerai :") . Yang mendoakan jodoh kami, aku akan mendoakan jodoh dan semoga rezekimu melimpah ruah . Amin Ya Rabbal Alamin .


Saturday, April 26, 2014

10 Tahun dipendekkan kepada 2 bulan ...

Assalamualaikum and Good Sunday Morning !

Wow . Sebulan tak update cerita kat blog . Heee . Sibuk dengan preparation sambung belajar . Oh yaa . Result aku memang puas hati gila sebab aku dapat apa yang aku nak . Lepas tu, keputusan matrikulasi dapat KM Kedah, Changlun . Aku tak pergi sebab tunggu keputusan kemasukan IPTA 4/5 ni . First time kot akan duduk berjauhan dengan family . Balik raya pun raya puasa . This is sad . Tapi, apa yang penting aku akan berusaha bersungguh-sungguh lepas ni . Target banyak nak dicapai . Semoga apa yang aku impikan ini akan tercapai . Amin .

Back to our post title , yeahhh . Apa benda 10 tahun jadi 2 bulan ni? At first, aku rasa macam it was unbelieveable ! Bukan mimpi bukan silap mata bukan bukan bukan . Thanks a lot to Along( well Qasha is 5 months older than me , so yeah . I got a brother . Haha ) sebab dia banyak yang kasi support pada aku supaya jangan mengalah . Teruskan apa yang aku dah mulakan . Walaupun dia tahu sepupu dia tu dah taken, tapi belakang, dia kasi semangat bukan main lagi dekat aku . He's the sweetest brother that I could ask for . 

One day , dia kasi id Line Daniel kat aku . Allahu . Seriusly aku bajet kitorang akan jumpa dalam sepuluh tahun yang akan datang tapi nampaknya selepas 2 bulan, aku jumpa balik dengan dia . Masa ni, Daniel dekat Harvard . So, aku install balik Line . Id dah ada . Bila aku on je Line tu, ada satu user ni hantar chat dekat aku 

" Hye thanks for add me "

And I was like, huh?

Aku tak search lagi ehh id Daniel . Aku tanya Along, sape ni ********* . Dia cakap haa dia la tu . So aku tanya la , was he my pussycatclaustrophobia?

And he answered " stop calling me that "

O.M.G

I really did found him !!!!

Rasa macam melayang-layang je hati . It was crazy ! Thank you to Line sebab suggest orang yang aku rindu bagai nak mampus selama ni . I'll say ' kuat betul ikatan kita . payah nak jauh susah nak lerai ' . Dia cakap aku yang tetiba muncul . Haha . No dear . It's you . So sekarang ni still berhubung . Line kitorang dah tak guna . Guna WhatsApp . Dengan Along ikut WeChat . 

Satu soalan killer Along tanya semalam - " Kenapa korang tak couple je ? "

Yang ni seriously kena tanya Daniel . Sumpah cerita aku dengan dia complicated gilababi ! Along kata dia geram nak pijak muka Daniel and ntah apa lagi yang dia membebel semalam . Look, Along defend aku eventhough he is the King of the House . Okay dia memang playboy . Bukan suka-suka tapi ada reasons yang tersendiri . Whatever it is, I will always think of him as my forever brother :D . Always be there for him and give support whenever he needs . 

Now, diorang kat Filipina . Nanti 30hb balik Malaysia semula . Humm lagi 3 hari . Aku just berhubung dengan Along . Daniel mane laa suka WeChat . Dia jadi macam tu sebab marahkan si hacker fb dia . Habes app social kena kecuali WhatsApp and Line . 

Flashback balik, hari aku daftar untuk apply lesen and kelas belajar memandu, he is with me . Hari aku test dengan JPJ , 22/4 dia pun ada dengan aku . Payah nak jauh susah nak lerai...

Aku cakapla kat Along yang mesti ada sebab aku jumpa Daniele and Along . Along cakap " that's why laa jodoh korang kuat :) "

:') :"( T_T

Jodoh? Aku dengan Daniel, very two different worlds . 
Boleh ke?

Respond hati aku untuk soalan along - maybe dia memang taknak declare dengan aku sebab kalau couple, putus, mesti janggal kan? Maybe dia taknak aku dengan dia jadi janggal . Dia taknak hilang kawan dia . Aku je yang tak boleh terima kenyataan . Entah . At first macam we could make it through and sebab post taken tu, everything diminished . And dia pun jarang sangat berhubung dengan ex2 dia yang lain . Haritu dia ada post dalam Line . Serius aku ketawa and okay , Dia memang serius .

' Assalamualaikum .
Dear Ain, I dont want you anymore .
-Daniel- '

Straight atas muka dia bagi you . Ahahaha . Ain ni ex dia yang paling aggresive . To me , bodoh laa lepas Daniel . Mase diorang in relay, si Ain ni asyik bercakap pasal ex dia je . Loh . Sape yg tak bengang kan? Sekarang ni he is single . Along kata dia nak tunggu puteri kayangan turun baru dia couple balik . O..kay . Aku macam mana?

Macam tu lah . Macam apa lagi? Frank, aku memang takkan terima orang lain selain dia . Takboleh takboleh . Fokus, belajar . Evo X . Tu je . Daniel? Will always be in my heart .

P/s : Janji diukir kata diberi . Seribu tahun .. Seribu tahun...

Lagu ni dia mainkan masa kitorang oncall for the last before that 2 months ~
 

Tuesday, March 18, 2014

Countdown To Sungai Rajang ...

Assalamualaikum dolls !

Dah lama tak update kan? I started to think that my life seems does not make any sense now . Rasa macam hidup aku dalam fairy tale !

Ni kisah aku dengan Aqasha pulak . Ehehe . Kenal-kenal keluarga kawan =) .

Setiap kali dia post gambar, wajib caption berbunyi begini " Kalau rasa saya FAKE, mohon block ya " . Eh, macam lain je ayat dia . Alamak.. Jangan cakap aku jumpa dengan somebody pulak .

Dalam beberapa hari ni, aku aktif ikut WeChat . Buka fb pun kejap kejap je . Aku add wechat Sha . So, chatting la . Hmm memang dia yang pakai Aston Martin . Anak tunggal . kamceng sangat dengan Daniel . Masalah dia, masalah Daniel . Masalah Daniel, masalah dia jugak . Ouhh . Then dia post pict dalam wechat - Reunion Of The Chicser -

Chicser? Ayam ke?

Ke Chic tu tukar dengan Woman?

Well diorang supercute !!!

Hiasan je 



 Chat pasal Daniel kebanyakannya . Sha pernah datang sini . Semenanjung . And dia ajak aku pergi Sarawak . Of course la pergi . Tapi aku taktahu apa yang menanti aku di sana . It is just eerie to think ! 

Memandangkan hari Khamis ni hari bersejarah bagi semua ex Form 5 seluruh Malaysia, aku ambik kesempatan tanya Mama . Janji nak kasi tiket ke Sarawak masa PMR dulu, tak tertunai lagi . So, heheee . Aku tanya Mama . Mama tanya nak pergi mana . Wuhuuuu ! So memang Mama kasi aku naik flight . Dia sengaja selitkan cerita MH370 tuh . Saja nak takutkan aku . Ma, in Sha Allah, tiada sebarang konspirasi yang akan berlaku okey?

Sha pesan kat aku, kalau nak pergi cakap kat dia . Dia nak datang jemput aku di airport . Gosh ! Agak-agak naik Aston Martin ke tak eh (",) ? Walaooo .

Humm tapi... aku still tembam :/ . Malu laa ... But it's okay . Kita tengok jujur ke tak Sha ni . Kalau dia tak pandang rupa, aku tabek sebab dia pun hot stuff gak . Daniel? Errr I don't know . Biarlah dia . Dia dah ada orang lain kan? Aku pantang mengalah tapi tahu bila nak berundur . His happiness is my happiness . As simple as that :D

Bila pergi? Aku rahsiakan . Biar aku je yang tahu .

P/s : 2 days to go . Samsung Galaxy Note III Rouge . I . WANT . YOU .

Wednesday, March 12, 2014

An Ambassador, A Photographer, A Food Lover And A Housemaid ????!!!!!

  Assalamualaikum and Evening Peeps !

" Cita-cita Long nak jadi apa?"

FAQ yang sering ditanya oleh my family member kepada aku masa aku berumur dalam 7 tahun gitu . 

" Doctor "

Cehh . Doktor? The biggest fraud in my life . Har Har Har . * notice that sarcasm * . Everything dah di-layout dengan baik oleh abah aku . Dalam biodata aku, mesti aku tulis nak jadi doktor(masa zaman sekolah rendah dulu) . Sesedap Kinder Bueno je aku tulis padahal minat dan hobi aku langsung tak menuju ke arah dunia sains , walaupun aku antara best student laa jugak . Belajar sebab exam kan??? Lepas keputusan UPSR keluar, aku pergi sekolah nak ambil surat keluar sekolah, sijil and so on . So kat fail tu ada tertampal portfolio aku . 

Cita-cita : Doktor

Kawan aku macam tak percaya je aku nak jadi doktor . Kalau dia musykil, aku double musykil . To be frank, aku tak ada particular ambition . Life tak ada titik fokus . Sebab masa belajar sekolah menengah , nak kata aku main-main sangat, tak . Main-main, yup . Buku karangan BM aku tuh, boleh bilang dengan jari je muka surat yang aku menulis . Taubat aku pemalas giler nak tulis esei . Mungkin nasib aku la kan, asyik off-hook je . Haha . Asal cikgu nak check buku, aku mesti terlepas .Esei BI? Hari-hari berperang dengan Madam Rose . Karangan dalam exam, haha . Hampeh . Kalau siap, bukan aku eh . Tapi yang SPM punya of course la siap . Gila kau tak siap . Menangis melalak aku tak dapat jumpa Louis secara live . Eheh .

Selepas tamat trial SPM, aku dengan crime partner aku dah mula berbincang . Apa kitorang nak jadi selepas SPM . Kitorang dah janji nak get off to UK together gether . And appearantly she wanted to be a part of UK telecast company . Wow B . Such a great dream ! Aku? Aku nak jadi duta negara :3 . Bestnyaa dapat melancong ! Hummm.. lepas tamat asasi, nak enroll bidang pentadbiran awam kot ... Tapi kalaulah, subjek sains tulen tu membolehkan aku meng-upgradekan pilihan bidang, in Sha Allah aku buat medic . Perghhh ! Ngadap biologi dulu pun hari-hari lancarkan perang saraf dengan buku rujukan . Adehh masak aku lepas ni....

Photographer ! Ohh aku suka tangkap gambar ! Taking great shots, enjoying the breath taking nature, people and culture just make my day . I don't need DSLR . Cuma perlukan kamera yang mampu berfungsi dengan baik, lighting and angle, taraaa ! I can beat Mike in Asia Next Top Model . Hihi . Kuat betol berangan --' . 


Housemaid? errr yang tu tachap je . Hehe ...


8 days to go . My life will change eventually . But me will stay as me =) .

P/s : Perasaan? I feel nothing now

Friday, March 7, 2014

Tuhan Tunjukkan Padanya...

Assalamualaikum !

Truth revealed ....

Aqasha - sepupu dia derr .. Adess patutla muka sama ada iras . My first impression kat dia - nice walaupun kekasih datang silih berganti . Tertanya tanya jugak sama ada Sha ni sepupu Daniele yang pakai Aston Martin tu . Hmm entahlah .

Number hp Sha - memang number budak bertuah tu . Dia tolong buatkan akaun Sha after Sha broke dengan ex dia . Ehehh ada niat lagi add aku . 

Sorry text message - Tergerak hati nak minta maaf dan memaafkan . Tapi tak berbalas . Angkat bahu je lah . Sha siap kasik encouragement lagi suh anta text kat Daniele . Huhu thanks bro tapi your cuzzy dah takde perasaan kot. Nobody knows :/

Petang semalam, my best friend called . Well kitorang buat partnership, buat satu blog pasal cerita kitorang . So, he asked my opinion . kawan dia from England nak buat business and nak advertise his business using our blog . Ja pun tak sure kawan dia ni betul ke tak . Sambil sambil tu, dia sent cereka pasal unrequited love kat aku and suh edit mana mana yang grammar error . Aku ambik pendrive and saved dalam tu . Tengok tengok ada 2 pict dalam tu . Eh, gambar sape lak ?

Bukak je . Subhanallah .

Bila pulak aku rembat gambar budak bertuah tu ????!!!

Bukan sekeping . Tapi 2 !

Adess..

Hurmm, tapi bila aku tengok pict dia , aku gelak kuat . Dalam hati terdetik 

" asal hodoh sangat budak ni? "

Pengajaran :

Bila hati disihir cinta, disumpah rindu, mata bagai tidak terlihat semuanya . Hanya dia . Hanya dia dan hanya dia .

Sebab ni la aku taknak jatuh cinta ke, couple ke . Setakat crush pun dah sakit bagai nak gila . Ni nak berkapel ? Huh memang TAK lah ! Aku dah janji pada diri aku . Biarlah dia menjadi orang yang pertama dan terakhir . Sampai ke saat ni masih terasa . Aku merumuskan kisah chenta aku ni as -

1. Unrequited Love
2. Fairy tale
3. Dark Jokes
4. CRAP !

Whatever it is, pengalaman ni memang yang takkan dilupakan . Sampai ke liang lahad aku bawa memori ni . Dalam kisah ni, aku ada pengalaman jadi orang ketiga, manusia yang dikabulkan permintaannya, pengemis rindu, pendendam, pemaaf, aku diajar setia, erti kasih yang tak berbelah bahagi, makna sahabat, dan sayangnya, aku adalah sahabat yang teruk . Secara teknikalnya . Or so . 


Aku nak abadikan kenangan aku di sini . Dan aku nak arahkan satu drama aku sendiri . Dalam bentuk bacaan . Hmm dalam proses (bila tu entahla)



 " Apapun yang berlaku, entah kenapa hati ini degil untuk melepaskan awak . Apa yang awak dah buat pada saya? Setelah awak ajar hati ini untuk terus terusan setia, sebagai sahabat dan pemberi kasih sayang tanpa henti, awak pergi . Tanpa sepatah kata . Apa sebenarnya yang terjadi, saya pun tak pasti . Setiap hari, terus terang saya katakan, keinginan nak berjumpa dengan awak, nak bersemuka dengan awak, saya nak penjelasan begitu kuat menghentak jiwa . Saya tak betah dijatuhkan hukuman begini . Tapi saya bukan seorang yang mungkir janji . Saya dah berjanji yang saya takkan tinggalkan awak . Selamanya . Biarpun saya hanya mampu mengikat awak pada hati saya , bukan dengan berada di hadapan awak . Awak dah janji takkan tinggalkan saya . Mungkin, awak memang takkan tinggalkan saya . Kerana setiap detik yang berlalu, hati saya sering mengalunkan kata rindu . Walaupun kita tak berjumpa, tapi Allah tunjukkan ahli keluarga awak . Abang kembar awak, dan Sha . Lepas ni? Saya akan jumpa siapa lagi? Hanya Allah saja tahu peritnya nak lupakan awak . Kenapa bila saya ikhlas menyayangi seseorang, begini kesudahannya? "

" Sayang dan cinta saya tanpa NOKTAH "















P/s : Rumusan aku , cinta tu dah pudar tapi sayang, masih melekat kuat . Terima kasih Tuhan kerana memberi aku perasaan indah ini . Takkan menyesal malah semakin hari semakin kuat pula sayang ini . Bila akan berhenti, diri ini juga tidak pasti .  















Monday, February 24, 2014

Hitam Hitam Si Tampuk Manggis

Assalamualaikum !

Double post hari ni .

Pada suatu pagi yang indah, lepas aku celikkan mata, stretching sikit , bangun dari katil, kemas katil , mandi and so on , tiba tiba terdengar kambing mengembek . Huh? Bila pulak jiran sebelah aku ni bela kambing? Dah tu kambing sapa pulak yang sesat neh???

Aku keluar dari bilik terus buka sliding door . Aku tanya adik aku nombor 3, kambing sapa? DIa cakap, kambing sesat . Emm biarlah dia . Sikit lagi tu keluar la dari kawasan rumah aku . Masa pun berlalu . Senja pun melabukan tirainya . Kambing tu duk mengembek lagi . Lahai... tak balik lagi rupanya . Mama dah bising kat abah suh tanya kat jiran jiran kambing sapa . Abah angguk je . 

Masuk hari yang kedua, subuh aku dikejutkan oleh embekan( istilah baru ) kambing tu . Pi mai pi mai, masuk hari ketiga . Hari aku duk sorang je kat rumah . Semua orang pergi sekolah . Aku pun buka pintu dapur . Mana kambing tu? Aku pergi cari, tengok ada dekat ampaian . Kambing tu tengah makan batang kayu . Laaa .. anak kambing rupanya ! . Jatuh kesian tengok tak tentu arah . Dia nampak aku, terus jauhkan diri sebab tak pernah nampak aku . Nak bagi apa ah kat dia? Aku teringat ada kangkung dalam fridge . Pergi ambik , kasi kat kambing tuh . Mula mula takut la jugak sebab first time kasi makan kat kambing . Tapi lama lama dah okay . Suka aku tengok dia makan . Lepas tu aku try tackle kambing ni . Usap usap sikit, nak kasi dia jinak dengan aku . Kira ni bonding time aku dengan dia .Ehehe macam ada anak sendiri . Mama, balik dari sekolah ja, tanya " anak angkat macam mana? " See, dah jadi sebahagian family aku pun . Disebabkan dia hitam campur putih , aku nak panggil Black . tapi common sangatlah . Tukar kepada Awang . Aku hentam je sebab taktau dia jantan ke betina .

Sian kat dia . Terpisah dari ibu dia . Sedihnya kalau tuan Awang datang ambik balik . Aku rasa sindrom patah hati menyerang kembali seandainya Awang dibawa pergi . Sayang ooo kat kecik tuh . Aku kasi dia makan Kit Kat, menggelupur sebab sedap sangat . Hahah ! Malam malam, abah susukan dia . Uishh bersungguh sungguh minum susu . Nampak sangat dahaga .

Mama cakap takda anak kecik, susukan kambing pulak . Haha . Maybe nampak menyusahkan tapi bagi aku, Awang is a gift to me . Dialah haiwan peliharaan aku yang pertama . Orang lain kucing, ikan , ular, arowana, kelisa . Aku? Anak kambing as a starter . Awang adalah amanah Allah kepada keluarga aku . Takkan nak dibiarkan je ? Kalau bayi terbuang pun aku sanggup ambil, jaga dia macam adik aku sendiri . Baru aku tahu kasih sayang manusia ni sungguh besar tapi kasih sayang Allah swt lebih besar lagi . Perasaan kasih dan sayang datangnya dari DIA, so tak salahkan aku sayangkan Awang macam keluarga aku sendiri . Huhu touching sungguh 4 hari menjaga Awang .

 

Lagi Lagi Dia ...

Assalamualaikum .

" Berakhir sudah..
pencarian cintaku..
hati ini tak lagi sepi.. "

- Raikan Cinta -


Dengar lagu tu, tekup bantal kat muka T_T ~

I am very strong yet so fragile . 

Actually I always wondering how guys can say I Love You without not thinking the consequences , especially players, casanova and others . How do they do it? I wish I can be one of them . Saying those three sacred word out loud , to any boys . If they got infatuated by it, I will crush their hearts to crumbs by crumbs . Evil? Yeahh, broken-hearted always think like this . Taking revenge . Wants to other people feel the pain . Crazy? Yeahh . Nothing seems normal to me since that day except Awang( our goat ) eating Kit Kat bars . 

At first, many assumption running in my mind .

Was he really serious or not?

Or he didn't?

Did he just playing around with me?

Was it only me who felt this way?

Negative thoughts . Positive side of it . This stuff almost every day drove me crazy . In the end, tears were shed . So tired of it..

I told Nobby . I asked her why he had to say " You are mine " to me? Why he couldn't just say NO to me ? And she answered,

" That will makes him feel bad, maybe "

* glass fell to the floor *

If it was true, it made me felt like shit .

By giving a positive response, he just make it worsen . I feel dissapointed . Dissapointed because our story had to end "tragically" like this . Dissapointed because he did not try at all to mend up things . If he knew at the first place that he couldn't let go his gf, why he had to say that ? Why he kept giving me hope ? Why he talked to me like both of us could make it out? Why he told me to wait for him? Why he said " selamat datang ke suka duka dunia percintaan" ? I was damn fine if his answer was negative . I just confessed to him . Plus, there is no law in the world stated that every feeling must be given back ( dibalas balik - refund? Entah ) . He himself once posted these words on his fb wall . 

I was truly sad . My day and night were no longer same as usual . 

' The most cruelest things that a person can do is awakening someone's love without truly loving them ' -Twitter- ( before things went wild )

Was it me, or him?

Frankly speaking, after I was confirmed that we were potato couple, an unusual feeling rested inside of me . It was like we, Nina and Daniele, finally in relationship, was a not a big deal . Arrogance or.. it really did ?

But I fought those feeling . I was relieved when he knew my actual feeling , and shocked when he said, he felt it too . From the beginning . 

Now, i miss him . Every breath I take, every single molecules of water, every second, every parts of my heart is carved with his name ... * i started being cheesy chewy dewy chewing gum when I learnt missing him :') *

Am I a fool for falling for you? Or I was a brave girl that confessed her feeling to her friend?

After a while knowing him, a sudden realization made me utterly paralyzed .

"  Nina, this is not your regular crush . This is definitely that thing "

I denied it . Hardly tried to deny it . Unfortunately, after confessed to him, I accepted that thing with open heartedly . 

Yes, I truly love him . Him . First and the last .

Awak,

Thank you for being my friend . Thank you for not losing patience with me . Thank you for the sweet insults that you gave to me . Thank you for be with me through our hardships . Thank you for the genius advice . Thank you for singing for me . Thank you for asking me to wait till you fall asleep . Thank you for offering me everything as my rewards being your "PA" throughout SPM . Thank you for sharing your life with me . Thank you for letting me walk into your life . Thank you for make me smile non stop when I talking to you, when I see the green button when you were online , when I received your text, when you laughed at my jokes, when you screamed in the bathroom after your cousin switched off the lights, when you whining, angry at my jokes about your voice, when I looked at the moon, when I saw minion, when I watched Must Be Love movie, when you was jealous , drooled at your brother, when you started to act crazyly, when you wrong spelled the sugar glider . Thank you for be honest with me, who you are, where your from, sharing your past and trusting me to keep our secrets . Thank you for saying that I am yours . Thank you for saying " SSA " . Thank you for gave me your oreo desert . Thank you for asking my idea what kind of song that suited your school event . And we chose Perfect- Simple Plan . Thank you for giving me sweet and bitter memories for me to cherish it for my whole lifetime . Thank you for calling me 'sayang' . Thank you dear, for everything we shares and feels .
My gratitudes is undescribeable by mentioning them here .

Awak,

I'm sorry I left you without a word . I do not want you to be burdened by having me in your life . I just want you to be happy . I know you are happy now with her . She is a cute girl . You are lucky to have her in your life and vice versa . Eventhough I am not beside you anymore, I know there are lot of girls that are waiting to keep you happy, maybe more than I am . Do not feel bad . I was wrong . Not you . Wherever you are, I always pray the best for you . 

" Saya tak boleh sayang orang lain macam saya sayangkan awak..."

" Kalau Louis ada kat depan pun, saya dah tak nampak dah.."

" Kita hidup macam biasa but dear, yang penting awak sayang saya dan saya sayangkan awak . That's it "

*****************************************************

Chewahhh ! Entry kali ni ber speaking bagai ek? Haha . Aku dah lama tak writing . Nak kasi otak aku cair sikit . Pheww lega rasanya . Aku pernah terfikir, kalaulah aku dapat amnesia, kan best? Dapat lupakan semuanya, tak payah nak pening pening fikir . Tapi yang ironinya, aku akan tulis surat .

' Kepada Diriku Yang Amnesia '

Ngek betul . Sekarang ni, alhamdulillah dah kurang sikit sakit tu . Kalau rindukan dia, pejam mata, bayangkan dia . Gambar dia semua aku padam . Macam mana nak attachkan gambar dia dalam blog ni? Haha ..


Ciri-ciri dia : 


Kulit putih. Of course . Orang mixed kan? Yang pasti bukan Melayu . Aku sendiri pun tak tahu apa bangsa dia dalam IC . Mama dia dari Scotland . Daddy dia orang Melayu . Ni daddy tiri dia . Ayah kandung, Philipines . So, dulu dia bukan Muslim . Bila mama dia kahwin dengan daddy baru, dia datang ke Malaysia , duduk dengan abang sulung dia dekat Sarawak . Convert, and tukar nama .Dia tinggi and quite big from his brother , yang kedua . Pointy nose . Pink lips . Bila senyum, macam kena stretch . Panjang je . Haha . Rambut, favourite style, emo . Rambut dia sekarang ni dah panjang sangat kot, sebab dia cakap dia taknak potong rambut dia . Sukati kau lah . Brown eyes . Like me . Heheh . Tapi yang paling significant tentang dia, his brows . Sharp. Kalau dia tak senyum,it is like we can see arrogance in his eyes . Ada riak marah but cool . Dia mengaku yang dia jenis senyap . tak reti nak menjampuk orang cakap . Tapi bila dah kenal, he is very handful . Tak boleh duduk diam . Suka buat free style jump . Esok " Dear, kaki saya patah :3 " . Aku hmmm kan je . Dah faham sangat perangai dia macam mana . Suara dia . Macam budak tak baligh lagi . Betul ! Almost like suara Justin Bieber masa nyanyi Baby , tolak accent je . Kadang kadang macam suara perempuan pun ada . But lama lama bergayut, okay la dia lelaki tulen :3 . Hampehh tol aku ni .

Nak letak pict dia dalam ni, surf google . But server tolak pulak dah . So, ciri-ciri dah kasi, imagine lah sendiri "kesayangan" aku tu macam mana .

P/s : Sebenarnya ada pict dia . Dalam pendrive . Nanti nanti lah aku upload dalam blog .

Assalamualaikum :)

Wednesday, February 19, 2014

I Can Feel Him ...

Assalamualaikum and Evening !

Hmm.. baca entry kali ni ,esti korang dah dapat agak kan? Hehe . Annoyed ? Me too .

Walaupun dia dah kena blocked, tapi dia still dengan aku . Nak lepas? Entah . Tak mungkin kot . Pernah terlintas dalam hati, nak balas balik lah . Nak fly ke Kuching then cari dia . Tu pun kalau jumpa . But last sekali aku buat keputusan yang, aku yang salah . Semuanya berpunca dari aku . Hari hari aku doa yang aku nak jumpa dia . Bukan nak berdebat siapa salah siapa betul tapi aku just nak cakap

" I miss my minion . Lot "

Tapi entah berbaloi ke tidak rindu aku ni . In order to near with him, aku apply jugak UniMaS . Ataupun, kumpul duit then offt to Kuching . Lambatnya masa tu ! Now, just pray for his safety . Sekarang ni, aku tak tahu perkembangan dia sebab... oh my god, sedihnya nak cakap . Aku tak tahu sebab apa tapi dia tukar nama akaun Facebook dia. Kenapa? So not his style .

Aku ada dua akaun fb . Aku guna akaun aku yang kedua nak stalk dia . Aku pun hairan kenapa dulu aku boleh stalk dia, tapi kelmarin tak boleh . So, aku tanya Nobby(sebab dia friend dengan Daniele) . FYI, my instinct is always right about him . Bila no results found, hmm hati aku cakap dia dah tukar nama fb dia . Nobby said yes . Oh hati . Bersabarlah .

In my room, I have things that reminds me of him eventhough I don't need anything to remember him .

Vaseline - Masa pakai lotion ni, tengah text dengan dia .

Sweet Dolly Body Mist - Hari hari texting dengan dia . Pagi sebelum pergi sekolah, dalam kelas, lepas kena denda pusing padang, lepas solat jemaah , sebelum masuk dewan (SPM), lepas keluar dewan, masa study, sebelum tidur dan seterusnya .

MLM - ingat tak episod yang bertemakan Loghat ? Sapa tengok show Jambu yang chatting dengan awek ? Yang Pak Yus nak usha sorang girl ni, Tauke kasi ayat ngurat tapi tak jadi . Girl tu cakap " Tengkorak hang ! "
Then Pak Yus tanya apa maksud ayat girl tu . Tauke cakap maksud dia - saya suka sama kamu .
Tauke suruh balas - " Tengkorak hang jugak "

Kitorang lawan text punchline . He sent the " Tengkorak hang jugak :') "

Asalnya tak faham kenapa wujud happy-overwhelmed smiley kat situ . Sebab Jambu guna loghat Siam , so aku balas balik -" Chan ruk ter "

Bila aku tengok balik show Jambu ni, baru aku paham maksud smiley kat belakang tu . Hanya mampu menggelengkan kepala :')

Minion - first oncall,suara dia buat aku gelak sepanjang malam . Aku siap mimik lagi suara dia . But I admit, memang cute . Macam cakap dengan Grayson Chance .

Greenpeas, mocha, laksa penang, mi kari- our favs .

Batman - his first gf . Dia sangat sangat gilakan action figure ni . And, bad news for me, Mega Movie di tv3 akan tayangkan Batman . Nasib baik aku dah jarang tengok tv .

Madagascar : Afro Circus - tengok movie ni sambil text dengan dia . Dia cakap sugar gieder cute . Aku ni, haa ? Hahah ! Dia salah eja . Aku pun dengan penuh kasih sayang tolong dia betulkan ejaan .

Lagu yang buat aku lost kejap :

1. A Thousand Years
2. Yakin Cintamu Ku Dapat
3. Ku Relakan Jiwa
4. Bahagiamu Deritaku - denga yang ni terus broke down . Teruk .
5. Salahkah
6. Wrecking Ball
7. Unconditionally
8. One Thing
9. What Makes You Beautiful -dia nyanyi masa kitorang first oncall, study Fizik
10. Nobody Compares - his request nak denga aku nyanyi . Nyanyi je lah

Lagu A Thousand Year tu aku delete . Sebab masa mula mula kenal, aku letak nama dia ' My Thousand Years ' dalam contact .

Tapi ada satu lagu yang buat aku ingatkan kenangan yang paling menyampah tentang dia dengan ex dia - Infiniti Cinta . Once dia upload pict dia and his ex . Then caption ' Tiada cinta yang setara kau dan aku ' . Dalam hati, puiiihhh ! Tengoklah nanti . Break jugak diorang ni . And my instinct is always right .

Ada satu malam ni, aku nak sangat nak dengar suara dia . So, aku tipu . Aku buat buat tak ingat his number and cakap aku tersalah nombor . Tapi bila call, hold . Then he sent text

" sorry saya dengan *** " tak tergamak nak tulis nama ex dia kat sini .

And aku still buat2 tak ingat . Then, okay lah . Dah lah . Aku pun said sorry sebab tertukar number dengan number kawan . Ngekk . Tengah texting, aku tertidur . Bila aku sedar, check phone, his text.

" awak "

Masa tu aku tak tengok bila text tu masuk . I said sorry for late reply and asked him what was wrong . He was at hospital . Trachea got injured . Masa tu barulah aku tengok jam, 4 lebih . His text masuk 3 minit yg lalu .  So, aku teman la dia kat hospital . Practically . Hehe . Then tertidur balik .

Bangun kejap, text dia masuk . Tau tau je aku baru bangun .

Selalunya, when he needs me, I will be always be there . But he always popped out nowhere . Unpredictable .

And kes tukar nama fb, my instinct says - his gf did it .

'Macam mana saya nak move on kalau hari hari nama awak je depan mata saya, sama ada terbuka atau tertutup .'

Tak bercouple tapi nampaknya lafaz I Love You dah terlepas . Opps ! Chan Ruk Ter...

P/s : Hari ni aku langgar motor . Penunggang dengan pembonceng okey . Motor terperosok bawah kancil . Perasaan ? Biasa je .

Goodnite people ! Assalamualaikum :')

Monday, February 17, 2014

Jangan panik !

Assalamualaikum dan Good day everyone !

Pengalaman belajar yang paling tak happening : Kelas memandu --"

Garu kepala aku bila tengok klac, brek dengan minyak . Actually aku tak tahu pun apa itu klac :3 . Bila dah belajar baru tahu . Hihi . Tapi, aku ni membesar dengan sistem auto . Dulu memang lah sempat tengok abah aku tukar gear tapi dah jual . Abah pun belilah kereta yang baru . Yang auto punya .

Nak menangis rasanya bila first time pandu kancil tu . Memang panik . Bukan belajar dalam litar tapi kat jalan raya . Jalan tu tak berapa sibuk . Pehh yang best, tekan minyak banyak banyak . Berdesup kereta . Nak masuk simpang, aduh . Bising dalam kereta dengan suara Pak Ngah (cikgu) duk ingatkan aku macam macam :

" Klac tu lepaskan pelan pelan "

" kan Pak ngah dah cakap, nak berhenti tekan klac dengan brek, bebaskan gear baru angkat handbrake .."

" Nak keluar tu tengoklah dulu kiri kanan . Kan tercium punggung BMW orang tu kang . Pak Ngah jugak yang kena "

Haha . Dua kali pergi memang lambat pick up la tapi hari ni ada janji dengan pak Ngah . Tapi tunggu mak Ngah dulu lah yang call . So, aku nak pergi karok jap dalam bilik air . Dah lewat dah ni . Hehe .

P/s : Impian Schumacher akan ku kotakan ! Hohoho ~

Sunday, February 16, 2014

FlashBacks Againnn !

Assalamualaikum !

Wuuu...

Truth sometimes come out like wrecking ball . Hit full in the face . SUPER AUCCHHH !

Baru aku faham . Ya Allah kenapa aku ni lembap sangat ? Malu tahap cipan seyh ! Kalau aku ni melihat keadaan ni sebagai orang ketiga, confirm aku kesiankan watak aku ni . Sabar la Nina ....

Kami yang salah . I'm sorry Daniele !!! ( lagi lagi Daniele . Takde orang lain ke? )

Haha . Iyup . My life revolves of my family, gengNam styles and Daniele . Nak buat macam mana kan ? He is my friend too . But me, just know how to ruin people . That's me . Nak masuk sebulan aku fikir masalah kitorang ni and aku mengaku, aku yang salah . Kalaulah aku tak confessed , kami still berhubung . Aku tak blocked dia di FB . Yup . Aku tergamak blocked dia . The third and last time . Biarlah begitu untuk selamanya .

Tapi kalau aku tak cakap, mana nak tahu dia pun sukakan aku jugak kan? Actually dia ada kasi hint kat aku . Memang lama gila kot . Aku tahu apa maksud dia tapi guys, dia ada gf kot ! Masa tu dia couple dengan orang lain . Awek memang banyak budak tuh . Selama aku kenal dia selama 4 bulan, 4 kali couple . Well, he has everything , so tak susah nak tangkap ikan . Haa kalau aku ni, takpayah umpan bagai . Aku serah diri macam tu je . Hahaha mana maruah kau dikkk... . Aku dengan dia je boleh buat bebas laku . Kitorang gedik sebenarnya . Tapi dia lebih gediks lagi dari aku . Gedik tu aku la yang label dia . Aku murah dengan dia je . Dengan orang lain tak . Datanglah Lee MinHo sekalipun, aku nampak dia je . Tapi, ada batasnya . Murah sikit sikit je lah . Untuk my future hubby kena banyak sikit . Ehehe ...

Petang tu, aku golek golek atas katil sambil texting dengan dia . 

" Awak.."

" Apa?"

" S S A "

Aku pandang je skrin tu . Setitik . Dua titik . Bertitik titik dah air mata aku keluar . Basah comforter ! Ya Allah dugaan datang lagi . Trauma sejam dibuatnya . Tengok ! Dia main jahat . Sampai mati aku ingat . Hint dia la tu ... Tapi dia tak kuat macam aku . Tak seberani aku . Hello, for the sake of the love ones , I'll do anything ! Macam confession tu .. 

Hajatnya, biarlah itu menjadi last call aku . Tapi alih2, dari Che Ta kahwin sampai laa ke soalan Candy Crush . Lawak gila malam tu . Masuk MLM, menang Man Of The Match kott . Dia bagai nak rak cakap yg "crush" aku tu bodoh sebab tak sedar kehadiran aku . Siap offer nak tampar "crush" aku tu dengan selipar jepun lagi . Senak perut aku tahan gelak . Awak memang bodoh ~

Dia cabar aku suruh call crush aku tu and confessed . 

" Dia taken ke, tak ke, yang tu belakang kira . Yang penting kena cakap perasaan awak tu ", he said .

Amboi . Kau ingat senang ke? Hantuk kepala kat dinding malam tu . 

I called Nobby and Anis .

" Kalau aku, aku cakap " - Nobby

" Ala kau cakap je . Yang penting dia tahu ! Hwaiting ! " - Anis


Korang cakap, macam senang je . Hakikatnya, aku yang kena cakap . Sejuk satu badan . Perasaan malam tu tak payah cakaplah . Teruk lagi daripada bercakap depan orang ramai . 

So, I called my "crush" .

" So, how?"

Aku senyap . Dalam 5 minit macam tu .

" Qistina?.."

Lucu weh dia sebut nama aku . Sounds weird .

" Errr..."

He kept calling my name . Weyy sabar lah ! Aku tengah gabra nie . Mama...

" Emm awak ada sakit jantung tak? Saya takut awak terkejut je "

" Takde . Ala cakap la cepat !"

Senyap lagi..

" Awak..."

Okay . Now or never ~ Chaiyyok !

" Awak, dalam rumah awak ada cermin tak?"

" Ada "

" Go find that mirror "

Bunyi macam dia berlari . Ngekk sungguh .

" Dah . Me standing in front of it ."

And he blabbered about his pimple on his left brow . Bising la ko nih . Aku tengah nebesss ni kay . Aku hempuk jugak dia ni .

" My Candy Crush is in the mirror "

Now tables had turned . Dia pulak senyap . Aku? Yes ! Yes ! Yes ! The feeling was sooo great ! Rasa lega gilerrr .

" I.. I was shocked "

Haa hambek kau . Kau cakap bodoh kat diri kau sendiri kan kan kan ? 

Then all secrets revealed that night .

But yang aku kesalkan sampai ke hari ini : Kalau dia dah tahu yang dia memang takkan boleh lepaskan gf dia demi aku, kenapa dia cakap " awak milik saya " ? Aku tak perlukan pembalasan tapi cukuplah yang dia tahu, dari dulu sampai sekarang, dia seorang je yang aku sayang . Kenapa dia tak boleh cakap NO ?! Ahhh budak tu memangg.. !

And he insisted wanted me to stay . Okay . Masa tu terdetik dalam hati aku,

" Life won't be easy on me after this "

Iyup . It is proven true . 

Aku nak sangat korang tengok Daniele . Tapi aku takut korang tak percaya . Nantilah aku attached pict dia dalam ni . Dulu ada dalam memory card , tapi deleted . Move on baby ! Number dia pun aku delete . Ini memang nekad ! Walaupun dalam gadget dah delete, his looks, numbers, favs and all about him are enclosed in my memories . Tuuu laaa yang menyukarkan nak move on . Tapi aku taknak :) . Bodoh kan? Dia tak ingat aku pun . Takpe lah . nanti bila dia makan greenpeas, confirm sayu . Our favs tuu . Me too Daniele . Me too .

P/S : SSA you too . Always :)




Saturday, January 18, 2014

Alhamdulillah :D


Assalamualaikum and Hye !

Dapat call from Puan Iza, Academic Chanselor di MSU . Well, looks like aku dah secured a place kat sana . Tunggu result je nim . Huhu .. Lambat pulak nak keluar result tu . Dia siap offer biasiswaa untuk foundation lagi . Wow . Apa aku dah buat eh? Padahal aku ni biasa-biasa je but rezeki kan? Tapi bila buka portal tu, eh ? Macam tak ada je untuk pendidikan? Ye la . English Foundation kan sebahagian daripada pendidikan but bukan untuk jadi cikgu la . Being a cikgu is not part of my life . Hmm jap agy muka hotsetap ni la naik turun mahkamah sebab didakwa baham budak ketika mengajar . Oh sadisnya ! Or aku nak ambil course science gitu? Err.. Aku boleh tapi malas la nak study balik . About matriks . hmm benda yang aku nak bukannya ada pun kat situ . Subjek sains dan ADD MATH . Oh tidak ! Aku taknak jumpa lagi dengan Mr.Log . Huhu.. Dah letih oo.. 


Lepastu, regarding my new look for 2014 . Haha okay . Things went well . Tapi bila tiba bab makan, ayya ! Pening lorh . I am food lover . Now, pantang tak boleh minum kopi :'( , cut down carbs . I just love nasi . How can I live without it?? Huhu so makan dalam sederhana je . High proteins, fibre and vitamin . Drinks a lot of plain water . Satu hari tu, surfed videos dalam youtube . Jumpa la satu video ni yang tuan dia kurus tanpa exercise . Ohh.. okay . Well sape nak exercise kan? Leceh ah, letih ah and many more . Memang girl tu tak exercise but she was very strict on her diet . No sugar, just eat food bars, eat veggies . One fact that I love to share with you guys is nenas is a VERY GOOD for digestive system . Lepastu, minum teh hijau , teh oolong . Dia ambik masa dalam 3 bulan from bambam to Priyanka Chopra . Wow . The result is really amazing !

Tapi aku putuskan yang aku kena buat senaman . Nak tunggu 3 bulan . Kau gila ? Due date untuk aku kurus ialah hari ambil result SPM tu kot . I need to find a faster way to cut down my fats! So, surf youtube again . Exercises yang aku buat- squat and zumba . Squat tu kan, 3 hari sakit paha but after that, whoaa.. korang dapat rasa yang pinggul, punggung and back thigh are really firm . Menghilangkan selulit yang ada kat paha . Sangat-sangat sukakannya . zumba pulak, buat sambil ketawa . It was fun indeed . Suka bila diiringi dengan mexican style and music . Tapi senaman yang paling bagus ialah senaman yang menggerakkan semua tubuh badan kita . Contoh berlari and berenang . Kat rumah aku takde bathtub . Ada tong air je :3 . Just a trackmill . Sebab aku rileks je kat rumah so exercise 2 kali sehari . Everyday . Payah betul nak kuruskan badan . Haiyyooo ~

Friday, January 10, 2014

Anta Antumma Antum Anti Antumma Antunna ~

Assalamualaikum and a very cold evening =)

Faham tak apa yang title post malam ni? Yang pernah ambil Arab dulu dia fahamlah . Hehe xD

In my previous post, aku ada cakap yang aku nak ambil English Foundation as my major nanti masuk Uni . So, aku surf la kat web UIAM, tengok program asasi diorang . Okay, my English Foundation ni terbuka untuk pelajar aliran Sastera sahaja . Habis tu, aku yang Pure Scince student ni, macam mana?? Ahh.. lantak dia lah . My passion is One Direction so I must get a good PNGK and fly to UK . Find them and bring them here . Muehehehehehe... * gilaa tak habis habis -.- *

Then, bahasa pengantar UIAM mestilah English and Arabic . Pasal tu la aku duk bilang kata ganti nama diri dalam Arab, kot kot lupa nanti nak bercakap dengan pelajar luar . Next, foundation yang aku ambil ni berbeza okay dengan TESL - Teaching English As A Second Language . Dah nama pun TEACHING kan, jadi cikgu BI laa . But aku taknak jadi cikgu . Dengan kerajaan.. Kalau swasta, masyuk sikit kot . Ye lahh . Kerajaan tengah " menggila" sekarang ni.. Habis barang dinaikkan harga . Dalam kepala otak tu asyik nak pergunakan rakyat je . Hutang melambak-lambak . tunggu masa je Malaysia ni nak diturunkan bala . Pemimpin yang tak ikut al_Quran dan as-Sunnah, memang gini lerr jadinya . Kerana nila setitik, habis susu sebelanga . Cittpodahh ! 
 * cepat emo kalau part2 kemanusiaan ni . Sedih dan kecewa .*

Goal aku sekarang :

1. Slimkan badan dengan berhemah xD
2. Kalau dapat result bagus, memang aku akan apply English Foundation and proceed kat luar Malaysia . Wuhuuu !!! Louis sayang, tunggu sayaaaa !!!!!
3. Actually ni secret but my blog kan? Emm.. aku nak jumpa dia . Sangat . Plus, dia ada hutang dengan aku . Topup RM2 tak bayar lagi . Janji tapi tak bayar-bayar . Korang mesti fikir " Gosh, is she really serious? Halalkan je lah " . Ahaha I want to but, nak hidup, jangan straight sangat ;) . Kan???

Minat dan kemahiran berbeza . I am good in chemistry, bios and physics but I love English more . You can do it flawlessly but I want to make my career as my second hubby . Cherish and enjoy every moment with it . Believe me, you will not feel tired but what do you get in return is satisfaction that cannot be described by words . plus, the most important is, find Allah's grace from your career . It is more meaningful than those zeroes in your account .

Mencelah sikit :

3 nights, same person . Always woke up in tears . 

Yesterday,a friend posted in Facebook : " Kalau seseorang hadir dalam mimpi kita, bermakna dia rindukan kita - Ustaz Don Daniyal "

 Allahu Akbar . Astaghfirullahaladzim . 

Kenapa perlu seksa diri sendiri ? 

I leave everything to Him . Only He knows what the best for us . 

P/S : sorry entry bercampur baur . hahaha ;)

Assalamualaikum and Good Night fellas !

Tuesday, January 7, 2014

Heyy...

Assalamualaikum dan Haiii :D

* tangan ligat urut pelipis 

Sejak kejadian taken tu , kami jadi bisu . Means no text no calls no chat . Dia dah tak ingat aku kot . But never mind . maybe dia still dalam shock , so biarlah kan? Aku biasa je sekarang . Relaxs je .

Semalam, online guna dengan my second account . Ada 2 friend requests . Satu friend ni aku tenung je nama dia . Eh, macam kenal? Hmm.. kawan Daniele rupanya . Aku ada terbaca post Daniele ni suruh add kawan dia . Okay . Biasa je . Then, aku approve kawan dia .

Yang luar biasanya, nombor telefon bimbit kawan Daniele ni sama dengan number second Daniele . ( Nilah kelebihan online dengan Nokia C3 mantopp ! ) . Berderau darah kejap . Takkanlah Daniele dengan baik hatinya kasi number dia kat kawan dia? Tahulah dia loaded tapi perlu ke buat macam tu ? I won't buy that . Instinct aku kuat mengatakan yang Daniele buat akaun baru . Choiii..! tahulah tak boleh berenggang dengan aku kan, ( bluerkkk ! ) Aku ni terlalu bijak untuk ditipu kay? Sebab aku ada pengalaman tipu-tipu orang ni . Hahaha =) 

N/p : I Love You - Najwa Latiff

Layan Era kottt...

Aku suka menipu tapi tak suka ditipu . Bila aku straightforward, rama-rama boleh menopaus terus ! Patut kena tembak je aku ni ==" . 

Tapi, whatever it is, apa salahnya terus terang dengan aku? Aku boleh rasa dia memang takut dengan aku . Takut kena selar, takut disindir, takut kena bash, and takut hancurkan hati aku . That's why those 3 no's exists . 

P/S : Takleh bayang if one day aku face to face dengan dia . Lari? Senyum? Jeling? Masam? Say hye? Huhhh.. Awkward moments never abandoned us :')

Monday, January 6, 2014

I'M TAKEN . SORRY

Assalamualaikum !


New year . New hope . New look :)


Kalau masuk tahun baru mesti semua orang ada azam dan target nak dicapai kan? Tapi azam yang tahun-tahun sudah tu dah tercapai kerss?? Ehehe xD . ( Tajuk dengan post lain terus . Haha ! )

Aku pun nak story morry sikit la pasal azam aku tahun ni . Taraaa !!! Rujuk atas keyh .. 

New hope :

Harapan tentang semuanya . My SPM's result , of course . Pastu, secure a good place in any university . Then, sebab aku lebih cenderung kepada bahasa kedua negara kita, so aku nak ambil course English Foundation . Kalau dapat dekan, okay kot . Aku harap dalam dua tahun lagi, aku akan upload gambar aku makan salji dengan loli(puck!) dalam ni . Hakhakhak ! 

New look :

Frankly speaking, aku ni chubby sebenarnya . Tengok lah gambar tu . Montel gitu . Kan kan kan ??? Ada satu hari ni, kawan aku ni tag la aku kat post dia dalam fB . Post dia pasal produk yang dia tengah jual . Dia share dengan sepupu dia jual produk ni . Mesti korang pernah dengar nama produk Shaklee, kan? Kalau tak pernah dengar, it"s okay . Ask Uncle Google . Dia tanya aku nak tak beli produk dia . Mula-mula tak percaya la dengan keberkesanan produk ni tapi ada sorang kawan aku yang cakap, kakak dia makan produk ni, memang berhasil . Makan produk ni dapat kurangkan 6 kg dalam masa 3 minggu . Gila ! Kakak kawan aku yang jual produk ni, dia makan masa bulan 11, bulan 12 dah dapat muat baju pengantin yang fit gila . Aku terlopong tengok gambar tu . Whoaa ! Harus dicuba ni . Hehe . Tu laa, aku sound my mom, " Mama, jangan hantar lagi kain kakak . Kita ambil ukuran yang baru ni pulak k? Kakak nak pakai baju kebaya tahun ni "
Mama macam tak percaya je dengan aku . Okay fine . Kita tengok, raya ni, perghhh ! Malaysia's Next Top Model balik raya kat Ayer Lanas nanti ( kampung belah abah ) . Aku cakap betul ni . Plus, aku jadi testimoni untuk kawan aku . Jadi sama-samalah kita menunggu keputusan okay ? Picture sebelum dan selepas nanti lah aku post .

Sebab untuk kurus : Aku pun ada keinginan nak pakai baju cantik-cantik . Pemplum( betul ke aku eja?), long dress and apa-apa lah . Dalam fikiran aku, aku nak pakai seluar jeans warna merah dan pakai blouse putih . Anggunnya ... For tudung, not sure la . Shawl merah jugak kot . Ehehe . Second, asal-asalnya nak kurus untuk Daniele but sekarang ni "awkward moment" tengah melanda, so tak apa . Bukan untuk dia, untuk diri aku sendiri lah .

Dah habis pasal azam, now nak cerita pasal tajuk post ni :

* to those yang baru follow post ni, nak lebih faham you guys baca post yang lalu .

Aku blurr dengan status hubungan aku dengan dia . Kami start dengan kawan, bff la . And,kemalangan jiwa berlaku. Entah macam mana la dia boleh jadi crush aku . Then, aku frequent update post pasal "crush" aku . Ada sekali kami oncall, dia nak tanya somnething . Dalam hati aku, ni mesti pasal post "crush" tu . And, yup . Dia tanya who's that guy . Aku beri jawapan yang selamat la, " Dia tu restricted area . So, saya taknak cakap sape " . And, kami tertidur . 

Lepas confession night tu, aku yakin aku dengar yang dia cakap I'm his . Okay . Dia ada cakap yang dia akan slowtalk dengan gf dia . Aku cakap, yang penting aku sayang dia, dia sayang aku . Enough . Kira I'm his gf la . Dia suruh aku tunggu dia . Okay, aku tunggu . Deep down in my heart, this time life will go hard on me . Dalam fB, yang always start conversation, aku . Memang tak miss . Satu fakta yang kita kena highlight kat sini : Dia ada gf . Account dia, gf dia anyytime boleh log in . Sekali tu, kena warned . She said " jangan ganggu dia lagi boleh tak . Kalau kawan ok . Kalau lebih jangan " .
Aku tersengih baca chat tu . Marah, jauh sekali . Yang ada, perasaan bersalah bertinkek-tinkek . Dalam hati, aku nak usik dia . " Kami dah terlanjur . Maaf " but takpe lah . Aku buat senyap je .
Kali kedua , sebab D called aku masa aku dah tidur . Tersedar, cakap kejap , hung phone . Malam tu aku tertidur pukul 3 . Mengantuk gila ! Esok, aku tegur dia . And he said sorry for waking me up . Aku marah dia sebab dia kacau aku . We chatted pasal yang semalam and aku tutup kejap Facebook . Keluar bilik kejap, masuk balik , Buka app, tengok-tengok " oww..dia call kau semalam . memang padanlah ! "

O..kay . Awkward . I asked her why but luckily D yang login balik . D quite stresssed and aku taknak kacau dia . log out .

Hari Sabtu yang lepas, aku post tajuk post nih . D liked the post . Aku nak warned boys dalam Fb yang aku ni taken . By D . But, tragedy happened .

" taken ? "
" Yup. And ?"
" congrate ^^ "

Bullshit ! Congrate? How could your own bf wished congrate cause was in relay with someone else to his gf?! Lemah sendi aku . Hey, what are we exactly..? Ke aku yang salah tafsir selama ni? He never failed made me cried . Again and again .

" congrates? "
" yupp "
" sekali lagi aku nak confirm . kita ni ap? Means sebelum yang saya post taken tu? "
" kita still kawan "

I think dia tak faham soalan aku . Maybe dia ingat aku dalam relay and sebab taknak awkward, dia cakap aku ngan dia still kawan . Aku rasa nak pecah dada aku . Why always has to be like this ?

" So, no bf gf la sebelum ni ? "
 And he didn't reply .

" Seems saya patut berhenti menunggu . Awak dah buat keputusan to stay with her . .... "
" I'm taken . By you . Or we are nothing from the start ?.."
" I should know better . Sorry "
 Log out .

Broke down . For .. I did not know . I did not count how many times . Why always him ?!!!!

Aku fikir dalam-dalam . We should stay as BFF right? 

Once, aku taknak cari cinta but aku tunggu cinta itu .
Dia hadir masa aku tengah biasa-biasa je .
Hati mula tersentuh .
Rasaku rasamu .
Bila aku ingin menggapai cinta itu,
Dia mula menjauh .
Dan menjauh....

So, aku dengan dia ? For you guys, apa? Kalau korang pening, aku ni macam nak pecah kepala . Mesti ada awkward moments  dengan dia . Malu tu tak payah cakap la . Bertimbun-timbun . Bila bercinta, aku tak berani cakap pasal jodoh . Maybe dia bukan untuk aku . Dulu, aku dapat rasa gerak hati kami sama . Fikir benda sama . Kegemaran pun sama . Greenpeas, makanan kebangsaan kami . Mocha , our favs . Tapi, tak bermakna jodoh, kan? So, aku redha . Aku taknak hilang dia . Aku sayang dia . Dulu sampai sekarang . As my dear friend . 

Kalau dia anggap kami just friends, dari malam confession tu, means aku tak pernah dalam relay . Single Selamanya . Haha . Eh, kalau boy tu gentleman, dia pergi pinang terus girl tu . WHoaa .. So, anybody , you want me, ask my abah . Once, dia ada bergurau dengan aku . Aku ada cakap yang my aunts taknak kitorang ( sepupus and me ) cari orang jauh-jauh . Johor? Eiww ! Taubat taknak pergi sana . Cramp segala sendi :'( . And dia tanya, kalau dari Seoul? Aku pandang je skrin tu . Jahat permainan dia . Dia je yang pandai 'havoc'kan perasaan aku . Nak bergurau pun agak-agak la . Kalau dia cakap aku ni selalu buli dia, and pembalasan dia, pheww... tak kuat iman memang terus out . Aku cakap, ask my mom . Terpulang pada mama . Awkward, again .

P/S : Sebenarnya, tahap cinta tak sampai lagi . Takat sayang gila cipan kat dia . Kami, sahabat sampai akhirat - that was he told me once . Yes, kita sahabat :)

Anggap apa yang berlaku, kenangan manis kita . Mesti diceritakan kepada our next generations . Haha ! In shaa Allah .

To Daniele : Awak, no matter happens , saya sayang awak . Saya taknak hilang awak . You, are the best thing that ever happened in my life .

To readers : Nak tengok Daniele tak? Leave your comment dalam comment box okay :) . Above 50, I'll post Daniele saya ;) .

See ya !